Sunday, August 29, 2010

Zakat fitrah

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Zakat fitrah




KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

             WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

             WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

             WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

             WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

             WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sunday, August 22, 2010

Gastrik, Simptom dan Puncanya

SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.

Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.

"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga
menimbulkan radang.
 
 "Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
 
 "Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya.

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.

Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori.


FAKTA

Simptom gastrik

 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
 * Terasa loya.
 * Berat badan turun.
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
 * Kerap sendawa.
 
Penyakit lain berkaitan sakit perut

Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.

Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.

Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak.

Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dinding mukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.

Fadhilat Tarawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Permohonan si kaya dgn si miskin (dr Eida)

Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mau bersyukur kepada Allah SWT.

Tuesday, August 10, 2010

selamat menyambut bulan ramadhan



selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan kepada semua umat islam di dunia.. semoga kedatangan ramadhan kali ini mampu membawa seribu keberkatan kepada kita semua di dalam menempuhi kehidupan di dunia dan akhirat kelak. bagi umat islam yang dikasihi ketahuilah: 


    KELEBIHAN BULAN RAMADAN

    Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

    Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

    (Surah Al-Baqarah: 185)

    Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

    Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

    (Hadis riwayat Muslim)

    Sabda Baginda lagi:

    Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

 (Shahih Ibnu Khuzaimah)


    Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

    (Surah Az-Zumar: 10)

Friday, August 6, 2010

Nilai Nokia 3310


Ni adalah satu bukti harga bagi Nokia 3310 masa tahun 2001, Nilai Nokia 3310 Pada September 2001 adalah RM600.00 dapat memilikinya adalah satu benda yang paling berharga, tp sekarang, 2010 dah xde nilai dah, semua main campak merata-rata.. itulah dunia, masa kita famous, mmg byk yang mahukan tp bila dah de yang lebih baik, selalu ditinggalkan, dicampak merata-rata..

Wednesday, August 4, 2010

Budget Puitis

Cinta utk bahgia
Cinta, dulu ku pernah bcinta, namun ku fikir cinta perlu mmilikiny, cinta hanya ada jika dia ku punya, hingga bila Aku xdpt bSama dgnny, Aku Rasa, Kejamny cinta, Kini Aku mngerti, cinta Bkn Mesti dmiliki, tp ia wujud utk mberi kbahgiaan, Klu Bkn dgn ku, Mungkin dgn insan lain yg lebih berhak utk itu, Kini ku miliki cinta itu, jika kita dJodohkn bSama, Indah ny cinta, jika kau Bkn utk ku, demi cintaku, ku Doa agar kau bbahgia selalu, Kerna Aku cinta pdmu..

Dosa smlm
Mentari Kini bSinar terang, Dtemani embun segar mnitis, tanda hari dah Mula siang, namun tkujur lg sbuah tubuh, Xde kaki n sblh tangan, dtepi Parit, sblh Jln, bbaju kelabu yg amat lusuh, tlihat guni jd tampalan, dbahgian sisi n jua lengan, dkais2, mcari baki, klu lah ada sisa mknan, utk teruskn sisa khidupan.. Inilah kisah pngemis sepi, Hanya sisa d Jd teman, Kerna hukuman dosa smlm..

Duri ddlm minda
Tleka, smlman ku bmuram, apakh sudahny diriku ini, bagai tgigit sbiji cili, Pedas tRasa Smpi ke gusi, bagai mcurah air d Minyak panas, tperCik terus tkena jaRi, pedih tRasa Smpi ke tulang, inilah hidup, hanya Kerna silap scebis, sluruh hidup Tetap merana, Kerna dulu penah bsedih, hingga takut Nk hidup gembira, takut tluka, takut merana, --hanya Nukilan buat yg ingin mbaca--

Tentang hati
Mlm yg dingin, tlihat sorg pnyair duduk bsandar datas batu, dbwh pohon jambu, smbil matany mleret ke atas mlihat bintang yg bSinar, matany ttumpu kpd sbuah bintang bbentuk hati, bSinar spt mmahami rasa hatiny. Rasa Rindu yg mbara pd gadis yg sungguh dcintainy, lalu dukir sbuah puisi yg bbunyi "Smlm Kita Baru bjumpa, dlm Mimpi bagai benarny, hati ini makin mcinta, spt bunga Indah Warnany, kaku jiwa xtkata, dek Rindu hati yg trus mbara" -IrWan-

Adakalanya
kita manusia.. tak kn pasti apa yg akan kita hadapi pada masa hadapan.. adakalanya kita akan merancang utk menjadikan apa yg tbaik utk hari esok.. namun kadangkalanya ia xseperti yang dirancang, namun ketahuilah.. orang yang merancang dan gagal, adalah perancang yang teruk, jika dia menyerah kalah.. jika orang itu merancang n gagal namun xjemu utk merancang semula, adalah perancang yang baik dan dia mampu berjaya pada masa hadapan... fikirlah.. utk renun gan diri sdiri dan sesiapa yang ingin memahami... selamat membaca..

Temuduga PDRM

03/ Ogos / 2010
Menghadiri temuduga pdrm kat balai Polis Pasir Putih, ipoh,  Perak, start kul 7.30, dengan gembiranya aku bgn seawal 6 pagi untuk membuat persiapan baju kemeja berwarna hitam, seluar slack bewarna hitam, dan juga kasut hitam kepunyaan housemate aku, sendiri punya dah koyak.., setelah itu, aku pon membaca setiap butir2 tentang PDRM malaysia.. mmg semangat btol ar.. 
Setelah jam 7 pg aku pon gerak ar dari umah nk kesana.. x jauh pon, just 5 minit jerk dari umah ni.. saje datang awal.. nk tunjuk semangat.. smpi je kat sana aku tgk ramai sgt org yang dtg untuk temuduga, ramai gak la yang aku kenal kat sana dan kebanyakannya adalah budak2 dr UUM.. aku igtkan mmg tepat 7.30 mula program, rupanya kul 8.40 baru kami dipanggil ke tempat perhimpunan, 
Semasa di kawasan perhimpunan, aku dimaklumkan bahawa seramai 170 orang yang berjaya dipanggil untuk temuduga ni, dah kesemuanya adalah warga negeri perak. Kami di Panggil mengikut nama untuk mengisi borang Ujian Fizikal, oleh kerana ramai orang, jd dlm kul 9.15 pagi baru nama aku dipanggil, aku diminta untuk mengemukakan surat tawaran dan juga kad pengenalan sebelum mengisi borang tersebut, setelah mengisi borang, kami diberi taklimat ringkas mengenai Ujian Fizikal ini, 
Setelah habis taklimat, kami dipanggil mengikut kumpulan ke dalam sebuah bilik untuk sesi ujian fizikal, program ke dua ini bermula pada jam 10 pagi, namun nama aku hanya berjaya dipanggil pada jam 12.36 pagi, dengan perut lapar, sakit hati menunggu, aku pon masuk la ke bilik air untuk menukar pakaian iaitu seluar pendek dan tidak berbaju, kami beratur mengikut susunan nama, dan akhirnya tiba giliran aku,

  • Ujian Pertama: Ketinggian = 172.4cm  - wah tinggi gak ea,
  • Ujian Kedua: Berat = 56.3 kg - mmg selalunya berat ni jerk
  • Ujian Ketiga: Ukuran Dada = aku disuruh angkat tgn ke atas, sebelum diukur, Polis tu tya, kamu amik Borang kat mana ni? cam xcukup jer, dan bila di ukur, ternyata, xcukup lg 2 cm = 77cm dan 81 cm
Hampeh.. penat tggu dan resultnya GaGal.. xpe la mungkin xde rezeki aku kat cni, jd aku Redha je.. aku disuruh untuk memakai semula baju kemeja aku n beredar dari tempat kejadian.. huhu.. tp aku gembira dengan pengalaman tersebut.. tamat kat cni jela.. 

Monday, August 2, 2010

Liverpool



Warna yang digunakan untuk Kelab Liverpool adalah warna Merah. Jersi Liverpool adalah serba merah, hasil legasi yang ditinggalkan oleh Bill Shankly. Warna asal jersi Liverpool adalah warna biru dan putih. Dalam tahun 1901, warna ini ditukar kepada merah dan putih. Pilihan warna merah dan putih kekal sehingga tahun 1964, bila mana Bill Shankly menukarkannya kepada warna serba merah. Beliau mengatakan jersi warna merah menggerunkan pihak lawan. (dari kisah Ron Yeats) Pertama kali jersi serba merah digunakan, Liverpool menewaskan Anderlecht 3-0. Untuk tahun 2006, warna jersi Liverpool kekal warna serba merah tetapi dengan sedikit piping warna putih. Warna jersi kedua untuk permainan-permainan Piala Eropah adalah warna putih dengan warna hijau di bahagian bahu sebelah kanan.

My Favaroute Player




Fernando José Torres Sanz (lahir 20 Mac 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang bermain untuk Liverpool. Beliau telah dilahirkan di Fuenlabrada, satu pinggiran bandar besar di selatan Madrid. Pada umur 17, beliau menjadi permain termuda bermain untuk Atlético Madrid dan, dua tahun kemudiannya, menjadi kapten termuda bagi kelab berkenaan.Ibunya merupakan peminat real madrid manakala bapanya adalah peminat atletico madrid.Sewaktu menjaringkan menentang real madrid sewaktu liga juara-juara,torres telah memaparkan nama beliau dihadapan peminat real madrid sebagai "jasa" beliau terhadap musuh lama kelabnya.
  
LIRIK LAGU LIVERPOOL NO 9

His armband proved he was a red Torres, Torres
You'll never walk alone it said, Torres, Torres
We bought the lad from sunny Spain
He gets the ball, he scores again,
Fernando Torres, Liverpool's number 9
Na na na na na na na, na na, na na
Na na na na na na na, na na, na na
na na na na na na na, na na na na, na na na na
Fernando Torres, Liverpool's number 9.

My Favaroute Player





Dirk Kuyt, secara rasmi disebut Dirk Kuijt, (lahir 22 Julai, 1980, di Katwijk aan Zee) ialah pemain bola sepak professional Belanda, yang sekarang bermain bersama kelab England iaitu Liverpool F.C.. Beliau bermain pada posisi penyerang dan dikenali dengan kerajinan dan semangat kumpulan. Dalam kariernya dan pada pasukan kebangsaan Belanda, Kuyt bermain sebagai pemain sayap.Kuyt merupakan pemain cergas sepanjang masa dan hanya terlepas lima permainan sepanjang tujuh musim dari 1999 sehingga 2006, membuat 233 penampilan. Antara Mac 2001 (bermain bersama FC Utrecht) dan April 2006 (Feyenoord) Kuyt bermain sebanyak 179 perlawanan.

Steven Gerrard adalah seorang pemain bola sepak Inggeris yang beraksi untuk pasukan Liverpool F.C. Beliau dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia, dan kini menjadi kapten pasukan Liverpool.Gerrard memakai jersi nombor 8 di Liverpool (sebelum itu memakai jersi nombor 17 dan 28) dan ketika ini adalah Ketua Pasukan Liverpool. Steven Gerrard lebih gemar bermain di bahagian tengah midfield, tetapi dalam musim 2005-06 dia digunakan oelh Rafael Benitez di sebelah kanan pemain tengah. Ada kalinya Steven Gerrard digunakan sebagai penyerang sokongan oleh Rafael Benitez. Semasa Gerard Houllier pula, Gerrard selalu digunakan sebagai bek kanan. Ini membuktikan Steven Gerrard pemain serba boleh, dan bermain dengan cemerlang tidak kira di posisi mana beliau diturunkan.Ciri permainan Steven Gerrard adalah larian menyerang yang kuat, sepakan yang menyengat dan kebolehannya untuk memberikan dorongan dan inspirasi kepada pemain-pemain di sekelilingnya. Antara perkara pertama dilakukan Rafael Benitez selepas menjadi pengurus Liverpool adalah untuk melatih Steven Gerrard mengurangkan lariannya tanpa menjejaskan keberkesannya di tengah padang.

James Lee Duncan Carragher (dilahirkan Januari 28, 1978 di Bootle, Merseyside) merupakan pemain antarabangsa England yang sedang bermain bersama kelab bola sepak Liverpool F.C. dan merupakan timbalan ketua pasukan kepada Steven Gerrard.Sebagai seorang kapten pasukan, Carragher juga merupakan pelawak dalam pasukan. Keupayaan dan sikapnya di dalam padang, merendah diri secara semulajadi, dan kesanggupan untuk menyatakan pendiriannya, telah membuatkan beliau sebagai pemain terbaik yang dikenali peminat. Ini dibuktikan apabila beliau di undi tempah ke 7 dalam liverpoolfc.tv "100 Players Who Shook The Kop", tempat tertinggi sebagai pemain pertahanan.Kebanyakan pengkritik bolasepak bersependapat Carragher akan menjadi salah seorang pertahanan terbaik "out-and-out" dalam England. Di bawah bimbingan Rafael Benitez, beliau telah dipertingkatkan permainannya dari pertahanan tengah. Carragher telah membuat 400 penampilan bersama Liverpool, lebih banyak dari semua pemain Liverpool pada masa kini dan hanya yang ke 24 pemain Liverpool yang berbuat demikian. Beliau sekarang mendapat kepercayaan sebagai pemain pertahanan tengah di bawah Benitez berbanding Gerard Houllier dan Sven-Göran Eriksson yang lebih menggunakannya sebagai pemain full-back. Sebagai keputusan, beliau digambarkan sebagai mangsa kepada kebolehannya.Pada hari Sabtu 20 Januari 2007, Jamie Carragher bermain sebanyak 450 kali untuk Liverpool dan ditawarkan testimonial oleh kelab kerana 10 tahun perkhidmatan beliau. Untuk meraikannya, Jamie telah memenangi pemain terbaik perlawanan dan menjadi pertahanan kukuh semasa perlawanan menentang juara bertahan Chelsea.Peminat Liverpool telah memberi penghormatan kepada beliau dengan menayangkan sepanduk "Carragher - probably the best scouser in the world."

sakit perut

Hari ni aku ngan deen pg mkn makan nasi kat warung simpang pulai, dengan kelaparan, aku pon mintak la air tembikai ngan nasi putih + sotong goreng kunyit, xsampai 2 minit, adek yg mintak order td dtg blk, "maaf, sotong dah abis" jadi aku pun kata, alamak.. apa ea yang ada? "ambil udang la" katanya lg, aku pon jwb la, ah xnk la.. aku pon order la nasi goreng thai. makanan import dari siam, bila sampi jerk, aku trus xkasi peluang. belasah habis, dah separuh mkn baru la aku teringat aku ni elergik pada daging, tp alang2 dah separuh, mkn jerk la smpi habis. deen bayar apa ada hal.. pastu pegi la tgk org main snooker, aku xmain, sbb x power cam diorg, blk jerk dari ctu, aku pikir, alang2 nk sakit perut, biar smpi pengsan, jd aku ngan deen pun beli burger, aku elergik pada daging burger gak, banyak btol elergik aku ni.. hehe.. nasib x elergik pada ppuan, klu x, alamatnya x ber bini la aku.. huhu..dan akhirnya setelah 1 jam berada dirumah, ulang alik la aku ke rumah kedua plak, adoyai... ni pon nk pg lagi ni.. dah la.. kira abis la cite ni..argh... nk pegi lg ni.. da.....

Sunday, August 1, 2010

My memories



Gambar aku Selepas Exam Statistik Gunaan. dekat dewan MAS, wajah tenang sebab dah lepas seksa, soalan dia xde la teruk sangat, cuma aku jerk yang bebal ckit dalam subjek mengira ni, cam nk putus urat kentut dah masa nk jawab soklan tu.. anyway alhamdulillah, berkat doa, usaha, ikhtiar dan  tawakkal, aku dpt "B" untuk subjek ni. huhu.. berjaya..

My memories


Grand Dinner kolej telekom pada tahun 2008, gambar terakhir kami semua berkumpul sebelum masing2 membawa haluan dan hidup sendiri, entah bila la agaknya bleh dapat berkumpul dan bgambar macam ni lg. tuhan jerk yang tahu bila masa itu akan berlaku, rindu kat kawan2 semua. semoga sejahtera dan mencapai setiap impian yang telah di idamkan..