Monday, August 2, 2010

My Favaroute Player





Dirk Kuyt, secara rasmi disebut Dirk Kuijt, (lahir 22 Julai, 1980, di Katwijk aan Zee) ialah pemain bola sepak professional Belanda, yang sekarang bermain bersama kelab England iaitu Liverpool F.C.. Beliau bermain pada posisi penyerang dan dikenali dengan kerajinan dan semangat kumpulan. Dalam kariernya dan pada pasukan kebangsaan Belanda, Kuyt bermain sebagai pemain sayap.Kuyt merupakan pemain cergas sepanjang masa dan hanya terlepas lima permainan sepanjang tujuh musim dari 1999 sehingga 2006, membuat 233 penampilan. Antara Mac 2001 (bermain bersama FC Utrecht) dan April 2006 (Feyenoord) Kuyt bermain sebanyak 179 perlawanan.

Steven Gerrard adalah seorang pemain bola sepak Inggeris yang beraksi untuk pasukan Liverpool F.C. Beliau dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia, dan kini menjadi kapten pasukan Liverpool.Gerrard memakai jersi nombor 8 di Liverpool (sebelum itu memakai jersi nombor 17 dan 28) dan ketika ini adalah Ketua Pasukan Liverpool. Steven Gerrard lebih gemar bermain di bahagian tengah midfield, tetapi dalam musim 2005-06 dia digunakan oelh Rafael Benitez di sebelah kanan pemain tengah. Ada kalinya Steven Gerrard digunakan sebagai penyerang sokongan oleh Rafael Benitez. Semasa Gerard Houllier pula, Gerrard selalu digunakan sebagai bek kanan. Ini membuktikan Steven Gerrard pemain serba boleh, dan bermain dengan cemerlang tidak kira di posisi mana beliau diturunkan.Ciri permainan Steven Gerrard adalah larian menyerang yang kuat, sepakan yang menyengat dan kebolehannya untuk memberikan dorongan dan inspirasi kepada pemain-pemain di sekelilingnya. Antara perkara pertama dilakukan Rafael Benitez selepas menjadi pengurus Liverpool adalah untuk melatih Steven Gerrard mengurangkan lariannya tanpa menjejaskan keberkesannya di tengah padang.

James Lee Duncan Carragher (dilahirkan Januari 28, 1978 di Bootle, Merseyside) merupakan pemain antarabangsa England yang sedang bermain bersama kelab bola sepak Liverpool F.C. dan merupakan timbalan ketua pasukan kepada Steven Gerrard.Sebagai seorang kapten pasukan, Carragher juga merupakan pelawak dalam pasukan. Keupayaan dan sikapnya di dalam padang, merendah diri secara semulajadi, dan kesanggupan untuk menyatakan pendiriannya, telah membuatkan beliau sebagai pemain terbaik yang dikenali peminat. Ini dibuktikan apabila beliau di undi tempah ke 7 dalam liverpoolfc.tv "100 Players Who Shook The Kop", tempat tertinggi sebagai pemain pertahanan.Kebanyakan pengkritik bolasepak bersependapat Carragher akan menjadi salah seorang pertahanan terbaik "out-and-out" dalam England. Di bawah bimbingan Rafael Benitez, beliau telah dipertingkatkan permainannya dari pertahanan tengah. Carragher telah membuat 400 penampilan bersama Liverpool, lebih banyak dari semua pemain Liverpool pada masa kini dan hanya yang ke 24 pemain Liverpool yang berbuat demikian. Beliau sekarang mendapat kepercayaan sebagai pemain pertahanan tengah di bawah Benitez berbanding Gerard Houllier dan Sven-Göran Eriksson yang lebih menggunakannya sebagai pemain full-back. Sebagai keputusan, beliau digambarkan sebagai mangsa kepada kebolehannya.Pada hari Sabtu 20 Januari 2007, Jamie Carragher bermain sebanyak 450 kali untuk Liverpool dan ditawarkan testimonial oleh kelab kerana 10 tahun perkhidmatan beliau. Untuk meraikannya, Jamie telah memenangi pemain terbaik perlawanan dan menjadi pertahanan kukuh semasa perlawanan menentang juara bertahan Chelsea.Peminat Liverpool telah memberi penghormatan kepada beliau dengan menayangkan sepanduk "Carragher - probably the best scouser in the world."

No comments:

Post a Comment